Inisiatif

Peristiwa
7/1/26
Isu
Selangor

Kunjungan Hormat Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor

Hari ini saya menerima kunjungan Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir yang telah dilantik sebagai Pengerusi bermula pada 1 Januari 2026.

Dalam pertemuan ini, beliau memaklumkan prestasi kutipan wakaf tahun 2025 yang mencecah RM80.041 juta. Daripada jumlah itu, wakaf tunai merekodkan RM13.437 juta, dengan kutipan tertinggi melalui sumbangan gaji, di samping sumbangan orang ramai serta pewakafan tanah.

Kami turut meneliti perkembangan beberapa projek wakaf yang sedang dilaksanakan, termasuk pembangunan stesen minyak sebagai usaha menjana manfaat berterusan untuk masyarakat.

Saya juga menekankan keperluan memperkukuh kefahaman masyarakat tentang perbezaan wakaf dan zakat, serta mencadangkan inisiatif berasaskan komuniti seperti pembinaan pusat dialisis supaya manfaat wakaf dapat dirasai lebih meluas. Semoga segala ikhtiar ini terus memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.