Inisiatif

Peristiwa
8/7/26
Isu
Selangor
Negara

Kunjungan Hormat Ke Atas Wakil Menteri (Deputy Minister) Perdagangan Republik Indonesia, Bapak Faisol Riza

Meneruskan siri kunjungan kerja di Jakarta, saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Menteri Perdagangan Republik Indonesia, Bapak Faizol Riza bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri antara Selangor dan Indonesia.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dalam industri elektronik dan semikonduktor, termasuk pembangunan reka bentuk litar bersepadu (IC design), pembangunan modal insan, pertukaran kepakaran serta kolaborasi penyelidikan. Indonesia kini memberi tumpuan kepada aktiviti pemasangan, pengujian dan pembungkusan semikonduktor (assembly, testing and packaging), manakala Selangor mempunyai ekosistem elektrik dan elektronik yang matang. Gabungan kekuatan ini diyakini mampu memperkukuh rantaian bekalan semikonduktor ASEAN.

Kami turut membincangkan peluang kerjasama dalam industri automotif dan kenderaan elektrik, pembangunan taman perindustrian berteknologi tinggi, serta usaha memperkukuh ekosistem aeroangkasa. Malaysia, khususnya Selangor, mempunyai kekuatan dalam rantaian bekalan komponen aeroangkasa kepada pengeluar global seperti Airbus dan Boeing, sekali gus membuka ruang kerjasama yang lebih luas dengan Indonesia.

Selain itu, kami berpandangan bahawa pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran tenaga kerja perlu terus diberi keutamaan bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan era kecerdasan buatan (AI). Saya turut mencadangkan agar satu platform dialog berkala diwujudkan bagi menilai kemajuan kerjasama sedia ada serta mengenal pasti peluang baharu yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

Insya-Allah, hubungan erat antara Selangor dan Indonesia akan terus diperkukuh demi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta memperkasakan daya saing ASEAN di peringkat global.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.