Inisiatif

Peristiwa
9/12/25
Isu
Selangor
Negara

Kunjungan Hormat Jemaah Nazir Negeri Selangor (JNNS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Saya menerima kunjungan hormat Jemaah Nazir Negeri Selangor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Hizam bin Ibrahim bersama 10 tenaga pengajar dari KPM.

Perbincangan kami bertumpu kepada peningkatan kualiti sekolah, penambahbaikan urus tadbir dan usaha melahirkan lebih ramai guru pakar. Jemaah Nazir juga berperanan sebagai rakan sekolah dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri.

Kami turut berbincang tentang peranan ibu bapa dalam PIBG serta usaha memperkukuh pendidikan melalui agenda Sekolah Tumpuan.

Saya tekankan pentingnya memberi perhatian kepada semua pelajar, supaya tiada seorang pelajar yang tercicir dalam pelajaran.

Insya-Allah kerajaan negeri akan terus berganding bahu memastikan kualiti pendidikan yang terbaik dapat dinikmati oleh semua.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.