Inisiatif

Peristiwa
16/7/26
Isu
Selangor

Kunjungan Hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, En. Ahmad Zaki Zainuddin

Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad yang baharu, En. Ahmad Zaki Zainuddin, susulan persaraan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat bagi membincangkan hala tuju strategik Worldwide Holdings untuk kekal sebagai antara peneraju utama dalam sektor tenaga boleh baharu (renewable energy), teknologi generasi baharu (next-generation technologies) dan ekonomi kitaran (circular economy).

Kami turut membincangkan strategi pencarian, pembangunan dan pengekalan bakat bagi memastikan syarikat terus memiliki modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan serta memperkukuh daya saing Selangor.

Saya yakin kepimpinan baharu ini akan meneruskan kecemerlangan syarikat dalam menyokong agenda pembangunan mampan serta kemajuan ekonomi Negeri Selangor.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri bersama Worldwide Holdings Berhad akan terus memperkukuh kerjasama bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Selangor sebagai peneraju ekonomi hijau, teknologi masa hadapan dan pembangunan lestari di Malaysia.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.