Kunjungan Hormat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)
Menerima kunjungan hormat daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang diketuai oleh YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS. Agensi ini merupakan agensi baharu yang diwartakan pada Oktober 2024 di bawah KDN melalui Akta 860, bagi memperkukuh keselamatan negara dan membanteras jenayah rentas sempadan.
Mengambil maklum bahawa Selangor adalah negeri yang mempunyai dua pintu masuk utama negara, KLIA dan Pelabuhan Klang, perlu memberi perhatian serius terhadap isu kawalan sempadan demi menjamin keselamatan negeri dan negara, khususnya dalam membendung sebarang aktiviti terlarang.
Dalam perbincangan ini, saya turut menyatakan sokongan kepada para pegawai imigresen di AKPS dalam usaha memperkukuh penguasaan bahasa asing seperti Mandarin dan Urdu dan lain-lain selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan profesionalisme di pintu masuk utama negara.
Semoga usaha kerajaan dapat memperkukuh sistem kawalan sempadan, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan keselamatan negeri dan negara terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat.









