Kuala Pilah Berselawat
Bumi Kuala Pilah bergema dengan alunan selawat sempena program Kuala Pilah Berselawat & Munajat Perdana Negeri Sembilan semalam. Umat Islam membanjiri Dataran Melang, berhimpun dalam suasana penuh mahabbah melahirkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Hasan. Selain munajat, zikir dan selawat, para hadirin turut dihidangkan dengan tausiyah daripada Sheikh Khaleel Ismael Elias, Sheikh Mahmood Al Wosabi, Habib Nael Ben Taher dan Angham Anisah yang mengajak umat Islam terus memperkukuh keimanan, perpaduan dan kasih sayang sesama insan.
Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada kumpulan UNIC yang menambahkan lagi kemeriahan suasana. Insya-Allah, usaha memperbanyakkan program selawat dan munajat seperti ini akan terus diperkasa sebagai wadah menyuburkan nilai-nilai murni serta membentuk masyarakat MADANI yang lebih berakhlak, bersatu dan penyayang.











