Media

Polisi
30/12/20
Isu
Selangor

Kosmo: Selangor telah wartakan 60 peratus perkampungan Orang Asli

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor telah mewartakan pemilikan tanah secara tetap sebanyak 60 peratus daripada 74 kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, pewartaan itu dilakukan supaya perkampungan mereka tidak diganggu atau diceroboh oleh mana-mana pihak.

“Kerajaan negeri mahu segera mewartakan tanah perkampungan Orang Asli ini kerana kita dapati ada syarikat yang mahukan tanah mereka untuk melakukan projek pembangunan.

“Justeru, kita menyasarkan untuk mewartakan baki peratusan kawasan perkampungan Orang Asli itu dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan peruntukan fasa kedua bernilai RM237,200 kepada badan agama Kristian di sini hari ini.

Beliau memberitahu, proses pewartaan tanah itu turut berdepan beberapa masalah seperti kawasan perkampungan terbabit berada di dalam tanah hak milik persendirian.

“Kalau tanah itu berada di rizab kerajaan atau hutan simpan kekal, tidak ada masalah untuk kita selesaikan.

“Namun, kalau terletak di tanah hak milik, prosesnya sukar sikit malah ada yang sampai ke mahkamah,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta pada tahun hadapan bagi pembangunan Orang Asli dan pewartaan tanah kampung-kampung terlibat. -K!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.