Media

Terkini
15/10/21
Selangor

Kosmo: Selangor laksana sistem strata pintar

SHAH ALAM – Kerajaan negeri melaksanakan Sistem Hartanah Berstrata Pintar Selangor (SISP) bagi menguruskan sistem strata dengan lebih cekap dan efektif.

Inisiatif itu akan melibatkan lebih 6,000 bangunan di 12 majlis perbandaran dan bandar raya di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, sistem dalam talian dikenali ODESI direka untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu mengurus, memantau dan memberi penilaian skim perumahan.

Katanya, sistem itu bertindak sebagai sistem berpusat yang menyimpan semua data berkaitan kawasan pembangunan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

“Selain menggalakkan khidmat layan diri, pelaksanaannya akan mengekalkan dan mengemas kini semua kawasan pembangunan berstrata secara berstruktur serta sistematik.

“Sistem itu turut membantu JMB dan MC mencari maklumat manakala PBT boleh menghantar notis menerusi ODESI,” katanya selepas melancarkan SISP itu di sini, hari ini. -K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.