Media

Peristiwa
10/11/22
Selangor

Kosmo: Selangor isytihar cuti umum 18 November

SHAH ALAM – Kerajaan negeri telah setuju mengisytiharkan 18 November depan sebagai cuti umum di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cuti umum itu melibatkan sektor kerajaan dan swasta adalah sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberikan kemudahan orang ramai untuk mengundi.

Katanya, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di Malaysia iaitu seramai 3.67 juta selain terdapat juga mereka yang bekerja dan bermastautin di negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman mereka.

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).

“Pewartaan mengenainya akan dibuat pada Rabu depan selepas kita meluluskan dari segi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -KOSMO!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.