Media

Terkini
26/11/21
Selangor

Kosmo: Sektor pembinaan Selangor dibenar operasi Isnin hingga Sabtu

SHAH ALAM – Sektor pembinaan di Selangor dibenarkan beroperasi sepenuhnya pada Isnin hingga Sabtu berkuat kuasa awal bulan ini.

Kebenaran pelaksanaan kerja sektor itu diselaraskan bermula antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ketetapan itu memudahkan proses kerja pembinaan selaras pembukaan pelbagai sektor ekonomi di Selangor yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kita memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak tahun lalu memberi kesan kepada pengoperasian sektor pembinaan sehingga menyebabkan kerja lewat siap.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk menyelaraskan waktu operasi sektor pembinaan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya bagaimanapun mengingatkan bahawa kerja pembinaan di luar waktu yang dibenarkan perlu mendapat kelulusan khas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tambah Sze Han, pemaju atau kontraktor turut diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan undang-undang yang  ditetapkan demi kepentingan semua pihak.

Pada 13 Oktober lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan semua operasi dalam sektor pembinaan tidak lagi memerlukan surat kebenaran melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 susulan kebenaran merentas negeri. -K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.