Inisiatif

Peristiwa
29/9/21
Bantuan
Isu
Selangor

Kosmo: Pemandu teksi, Orang Asli terima bantuan fidyah RM1.9 juta

SHAH ALAM – Pemandu teksi dan masyarakat Orang Asli (OA) yang terjejas akibat pandemik Covi-19 dibantu menerusi pengagihan wang fidyah berjumlah RM1.9 juta.

Pengagihan dilakukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disalurkan kepada 3,550 ahli Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) dan 675 keluarga OA yang beragama Islam.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kesemua 4,225 penerima sumbangan fidyah itu masing-masing merangkumi pengagihan berjumlah RM1.7 juta kepada GTSM dan RM135,000 untuk OA.

“Bagi ahli GTSM, mereka menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 setiap keluarga manakala masyarakat OA pula menerima wang RM200 beserta pek makanan asasi bernilai RM100 seperti beras, tepung dan minyak masak,” katanya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Aziz menyerahkan replika cek kepada wakil GTSM dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Selangor dan MAIS sudah meluluskan permohonan fidyah berjumlah RM7.5 juta setakat ini. – K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.