Inisiatif

COVID-19
14/6/21
Isu
Selangor
Pakej Kita Selangor 2.0

Kosmo Online: PPV mega MIECC, Seri Kembangan beroperasi Isnin ini

PUTRAJAYA – Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dibuka di Lembah Klang iaitu di Pusat  Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, PPV mega itu akan mula beroperasi Isnin ini.

Menurutnya, pembukaan PPV itu penting dalam usaha menyegerakan Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Jumlah janji temu hari pertama untuk MIECC dihadkan kepada 4,900 orang daripada kapasiti penuh iaitu 8,000 orang.

“Jumlah ini akan ditambah secara berperingkat dalam masa terdekat dan janji temu di PPV MIECC akan bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam,” katanya.-K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.