Media

COVID-19
22/6/21
Isu
Selangor
Negara

Kosmo: Lembah Klang catat kes sporadik tertinggi di Malaysia

PUTRAJAYA – Lembah Klang meliputi Kuala Lumpur, pinggir bandar dan bandar raya Selangor mencatatkan jumlah kes poradik tertinggi di negara ini berdasarkan kes yang dicatatkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-24 setakat 19 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daerah tertinggi melaporkan kes sporadik ialah Petaling dengan 3,905 kes, Hulu Langat (2,783 kes) dan Klang (2,482 kes).

Mengikut data dari 1 Januari hingga 19 Jun lepas pula, sebanyak 578,105 kes Covid-19 telah dilaporkan dengan 398,846 kes atau 69.0 peratus adalah kes sporadik.

Menurutnya, negeri tertinggi melaporkan kes sporadik ialah Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) serta diikuti oleh Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus).

“Kes sporadik bermaksud kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Ia dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti atau daripada saringan kes bergejala.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.