Inisiatif

Peristiwa
12/4/22
Isu
Selangor
Bantuan
Perayaan
Banjir

Kosmo: Kohijrah, Usman, Yayasan Maghfirah bantu mangsa banjir berniaga

SHAH ALAM– Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) bersama  Usahawan Muslim Nasional (Usman) dan Yayasan Maghfirah bergabung tenaga menyumbang khemah untuk mangsa banjir dalam kalangan peniaga kecil di kawasan yang berlaku banjir baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat Usman, Hafiy Hazmi Saad berkata,  bantuan berupa khemah itu bertujuan untuk membantu para peniaga yang terlibat dengan musibah tersebut kembali berniaga mencari rezeki.

“Kerugian yang ditanggung bukan sahaja melibatkan khemah malahan bahan mentah dan barangan siap untuk dipasarkan. Kita bekerjasama dengan Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang (SAK) untuk mendapatkan senarai peniaga yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis penyampaian bantuan khemah kepadap peniaga-peniaga kecil yang menjadi mangsa banjir di pejabat Kohijrah di Seksyen 32 di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kohijrah, Mohammad Syukri Ismail.

Hafiy Hazmi menjelaskan, selain bantuan khemah, Usman juga merancang untuk menawarkan latihan dan bimbingan kepada 31 peniaga yang menerima bantuan khemah tersebut. -KOSMO! ONLINE


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.