Inisiatif

Peristiwa
23/11/21
Isu
Selangor
Bantuan

Kosmo: Hotel jadi pusat perlindungan wanita di Selangor


SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menggunakan hotel sebagai tempat perlindungan wanita termasuk mangsa keganasan rumah tangga sekiranya rumah perlindungan penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini berikutan terdapat aduan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung rumah perlindungan penuh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pihaknya akan menyediakan dana untuk meletakkan mangsa-masa berkenaan ke hotel itu.

“Sekiranya mangsa tidak ditempatkan di mana-mana rumah perlindungan, kita akan sewa mana-mana hotel termasuk hotel bajet.

“Kita tidak tubuhkan pusat perlindungan banyak susulan kos kerana kebanyakan datang untuk berlindung sementara dan bukan selama-lamanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan tailan hotline SELamat di sini hari ini.

Talian tersebut ditubuhkan sejak 1 November lalu beroperasi 24 jam setiap hari khusus untuk aduan keganasan rumah tangga.

Mengulas mengenai talian SELamat, Siti Mariah menjelaskan setakat dua minggu beroperasi sebanyak empat panggilan melibatkan keganasan rumah tangga diterima termasuk penderaaan kanak-kanak yang telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar tindakan segera dapat dilakukan bagi membantu mangsa.

“Talian ini akan bantu bukan sahaja dari segi untuk meluahkan pemasalahan, rumah perlindungan dan mengajar melindungi diri mereka agar tidak dikasari lagi.

“Malah, sekiranya ingin mengambil tindakan undang-undang juga kita akan memberikan bantuan kepada mereka,” ujarnya . -K!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.