Media

COVID-19
14/1/21
Isu
Selangor

Kosmo: Hanya 13 cawangan LZS beroperasi sepanjang PKP

Berita terbit di kosmo.com.my pada 13 Januari 2021

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghadkan operasinya hanya di 13 cawangan seluruh negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Ini melibatkan cawangan ALAMi Seksyen 13 Shah Alam, Subang Jaya, Seksyen 14 Petaling Jaya, Kompleks Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Klang, Banting, Bandar Baru Salak Tinggi Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Ampang, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Sungai Besar.

Kesemua cawangan ini akan beroperasi pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Sementara bagi cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pula bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

LZS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan operasi LZS ini tidak akan menjejaskan agihan bantuan bulanan dan asnaf sedia ada akan tetap menerima bantuan seperti biasa.

“Orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat boleh melayari ezo.zakatselangor.com.my.

“Manakala pembayaran zakat boleh dilakukan melalui transaksi dalam talian dengan melayari fpx.zakatselangor.com.my ataupun menerusi perbankan internet,” katanya.

Jelas LZS, orang ramai boleh menghubungi talian LZS 1 300 88 4343 atau melalui webchat di portal www.zakatselangor.com.my atau emel ke maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my. bagi sebarang pertanyaan lanjut. -K! ONLINE

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.