Inisiatif

Peristiwa
12/3/25
Isu
Negara
Selangor

Konvensyen Wanita MyWira 2025

Hari ini saya berpeluang menghadiri Konvensyen Wanita MyWira 2025 yang berlangsung di Shah Alam. Turut hadir sama, YB  Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.

Dalam majlis ini,  satu kerjasama strategik telah termeterai antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi menjayakan program Jelajah Wanita MyWira.

Jelajah Wanita MyWira akan menjadi platform sesi libat urus, pembangunan kemahiran, dan sokongan tenaga kerja bagi wanita di semua peringkat. Bermula April hingga November 2025, ia akan merangkumi 56 kawasan DUN di Selangor, menghubungkan wanita dengan peluang pekerjaan, insentif tenaga kerja, dan program kebolehpasaran.

Insya-Allah, kerjasama ini akan memberi manfaat kepada wanita di Selangor melalui akses kepada pemerkasaan dan insentif pekerjaan di bawah Kerajaan MADANI.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.