Kluster Pendidikan Inisiatif Selangor Penyayang

Sewaktu Jelajah Selangor Penyayang di Batu Caves yang baru sahaja selesai, kluster pendidikan menjadi tumpuan. Daripada bantuan prasekolah sehingga universiti meliputi bantuan kewangan untuk pembelian kelengkapan, warga Selangor didedahkan cara serta bentuk bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri.
Semua bantuan ini disediakan demi memastikan anak-anak Selangor dapat meneruskan proses pembelajaran secara berkualiti.
#JelajahSelangorPenyayang
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor