Inisiatif

Peristiwa
12/2/26
Isu
Selangor
Negara

Ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah DYMM Tuanku Sultan Selangor yang tidak memperkenankan penternakan babi di mana-mana daerah di Selangor.

Berikut merupakan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN):

  • Sejak Januari, pengeluaran lesen baharu telah dihentikan.
  • Tiada lagi lesen penternakan babi akan diberikan pada masa hadapan.
  • Ladang sedia ada akan ditutup secara berperingkat dengan kadar lebih pantas bersama Jabatan Veterinar Negeri Selangor.
  • Keperluan bekalan akan dipenuhi sepenuhnya melalui import oleh industri berkaitan.
  • Kelulusan lesen import tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
  • Keputusan ini dibuat demi menjaga sensitiviti masyarakat serta kebimbangan terhadap alam sekitar, saliran air dan pencemaran bau.
  • Polemik berkaitan isu ini tidak harus dipanjangkan demi memelihara keharmonian rakyat Selangor yang berbilang kaum dan agama.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.