Inisiatif

COVID-19
12/6/21
Isu
Selangor
STFC19

Keputusan Saringan Bersasar COVID-19 Fasa Kedua di 56 DUN Selangor

Berikut merupakan Rumusan Keputusan Saringan Bersasar COVID-19 Selangor di kesemua 56 DUN di negeri Selangor sehingga 10 Jun 2021.

Sejak 8 Mei 2021, sejumlah 97,565 warga Selangor disaring dan 3,342 individu telah didapati berkemungkinan positif COVID-19, bersamaan 3.43%.

Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Ujian Saringan COVID-19 Percuma Fasa ke-3 mensasarkan 100,000 individu dan memberi tumpuan kepada kawasan hotspot kes COVID-19 serta kawasan industri dan perkilangan.

Terima kasih warga Selangor sekalian yang hadir dan tidak lupa para petugas serta agensi yang terlibat sepanjang Program Saringan COVID-19 Komuniti Bersasar.

Teruskan mengambil langkah proaktif dan amalkan kawalan kendiri sentiasa. Bersama, kita mampu bebas daripada ancaman COVID-19.

#SelangorGempurCOVID19

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.