Suara

Terkini
3/9/21
Isu
Selangor

KENYATAAN MEDIAPAKATAN HARAPAN SELANGOR BERKAITAN ISU HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA (HSKLU)

KENYATAAN MEDIA
PAKATAN HARAPAN SELANGOR
BERKAITAN ISU HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA (HSKLU)

3 September 2021

Pengerusi parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor telah bertemu pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing serta telah bersetuju supaya YAB Dato’ Menteri Besar membawa isu ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu 8 September 2021 untuk dipertimbangkan halatuju dan keputusan dalam isu ini.

Pada masa yang sama, bantahan terhadap cadangan lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) turut diberi perhatian dan dibincangkan dengan panjang lebar. PH Selangor ambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat juga turut bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek lebuhraya KIDEX atau seumpama dengannya.

Pengerusi-pengerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor komited dalam menjunjung semua prinsip-prinsip asas Pakatan Harapan berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman dan panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri.

[BACA KENYATAAN MEDIA]


AMIRUDIN BIN SHARI
Pengerusi
KEADILAN Selangor
Merangkap
Pengerusi PH Selangor

GOBIND SINGH DEO
Pengerusi
DAP Selangor

IR. IZHAM BIN HASHIM
Pengerusi
AMANAH Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.