Media

COVID-19
29/9/20
Selangor
STFC19

Kenyataan Media YAB Dato' Menteri Besar Negeri Selangor Bebas COVID-19

Kenyataan Rasmi Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari telah disahkan bebas Covid-19 setelah menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik kepulangan beliau dari program di Sabah.

Keputusan tersebut hasil daripada ujian RT-PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang telah dijalankan sejurus ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 28 September 2020.

Walau bagaimanapun atas prinsip kebertanggungjawaban sosial, sebarang bentuk program beliau yang melibatkan pendampingan komuniti akan diwakilkan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang berkenaan, manakala mesyuarat-mesyuarat utama akan dipengerusikan oleh beliau secara atas talian berkuatkuasa serta merta. Ketetapan ini akan berterusan sehingga 4 Oktober 2020.

Sehubungan dengan itu, pemakluman mengenai kehadiran beliau untuk sebarang acara dalam jangka masa terdekat akan dimaklumkan secara terus oleh Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor kepada urusetia program yang berkenaan .

Beliau juga akan menjalani saringan Covid-19 secara berkala dari masa ke masa untuk mengesahkan beliau disahkan negatif sepenuhnya untuk bertugas seperti biasa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Malaysian Airports Berhad, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Air Asia dan anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgate Healthcare atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.

Semoga Allah Yang Maha Penyembuh lagi Maha Mengasihani sentiasa memberkati Selangor Darul Ehsan dan warganya, sekaligus mempermudah urusan kita menggempur Covid-19 agar Selangor bebas pandemik sepenuhnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.