Media

COVID-19
8/10/20
Isu
Selangor
STFC19
Negara

Kenyataan Media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang

KENYATAAN MEDIA

8 Oktober 2020

Setelah mendapat maklumbalas daripada pelbagai agensi dan jabatan sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Daerah Klang yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd. Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi pihak saya pagi tadi, pihak Kerajaan Negeri telah telah menyampaikan segala maklumbalas dan cadangan berkaitan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (dengan beberapa ubah suai) kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama YAB Perdana Menteri secara maya jam 11 pagi tadi.

Untuk penyelarasan dan keseragaman informasi, Majlis Keselamatan Negara di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian perlaksanaan PKPB Klang dan kerajaan negeri akan bekerjasama sebaik mungkin dengan semua agensi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Kerajaan Negeri juga akan terus mengadakan saringan bersasar Covid-19 ke kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.