Suara

Terkini
13/6/20
Isu
Selangor
Negara

Kenyataan Media Mengenai Tindakan ADN Sementa, YB Dr Daroyah Alwi keluar dari KEADILAN

Ikuti liputan berita ini di Selangorkini.my

Kenyataan Media
13 Jun 2020

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi yang telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang telah memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Negeri Selangor melalui Pilihanraya Umum Ke-14 yang lepas.

Keutamaan Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini adalah untuk menggembleng inisiatif membantu rakyat Selangor yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Susulan peletakan jawatan beliau, saya menggesa YB Dr. Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah. Manakala peletakan jawatan beliau selaku Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diuruskan oleh Pejabat Dewan Negeri Selangor melalui YB Speaker selanjutnya.

Saya yakin ADN KEADILAN serta semua lapisan jentera KEADILAN terutamanya Ketua-ketua Cabang KEADILAN merasa mual dengan politik separa matang yang tidak berkesudahan. KEADILAN dan PH Selangor beriltizam berkhidmat sedaya-upaya demi menghormati mandat rakyat.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.