Inisiatif

Artikel
4/6/20
Selangor
Isu

Kenyataan Media Dato' Amirudin Shari mengenai isu tanah runtuh di Taman Kelab Ukay

Kenyataan Media

4 Jun 2020

Hari ini Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) telah menetapkan beberapa keputusan bagi mencapai penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang membabitkan para penduduk serta isu tanah runtuh di Taman Kelab Ukay.

Berikut adalah ketetapan yang telah dipersetujui:

1. Bantuan sumbangan kewangan RM500 kepada setiap 6 keluarga yang terkesan dengan bencana tanah runtuh berjumlah RM3,000.

2. Bantuan sumbangan kewangan RM1,000 bagi program bantuan sewaan rumah kepada setiap 6 keluarga selama 6 bulan berjumlah RM36 ribu.

3. Peruntukan tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan bagi membaikpulih dan memperkukuhkan tebing runtuh anak Sungai Sering oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Selangor berjumlah RM 433,800.00

Seramai 31 orang mangsa telah pun mendapat penginapan sementara di Hotel De Palma Ampang semenjak 30 Mei yang lepas dengan jumlah kos tanggungan sebanyak RM15,810.00

Kerajaan Negeri akan turut membuat kajian terperinci khusus berkenaan kawasan yang berkaitan kerana telah berlaku beberapa kali insiden tanah runtuh di situ semenjak beberapa tahun yang lepas. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Selangor/Wilayah Persekutuan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan melantik perunding untuk membuat kajian tersebut bagi mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi, membuat analisis dan menilai keutamaan untuk langkah-langkah mitigasi berkaitan perlindungan cerun (slope protection) secara tersusun dan berasaskan data saintifik.

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.