Inisiatif

COVID-19
22/6/20
Isu
Selangor
Bantuan

Kenyataan Media Inisiatif Pembiayaan Tunai Selangor Advance

Kenyataan Media
22 Jun 2020

Inisiatif Pembiayaan Tunai 'Selangor Advance'

Berikutan penularan pandemik Covid-19, golongan kontraktor dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menghadapi pelbagai masalah kewangan dan operasi sehingga ada yang terpaksa mengurangkan tenaga kerja. Seperti kita sedia maklum, PKS merupakan penyumbang terbesar kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan Kerajaan Negeri mengambil maklum akan masalah aliran tunai yang dihadapi oleh golongan ini untuk mengekalkan kelangsungan operasi mereka.


Justeru, Kerajaan Negeri memperkenalkan Selangor Advance iaitu inisiatif pembiayaan tunai bagi membantu PKS khususnya golongan kontraktor dan penyedia perkhidmatan mendepani cabaran ekonomi pasca Covid-19.


Selangor Advance dirangka berdasarkan sistem pembiayaan patuh syariah yang berkonsepkan Tawarruq bagi membantu syarikat PKS dalam isu aliran tunai (cash flow). Menerusi inisiatif ini, pihak kontraktor dan penyedia perkhidmatan akan mendapatkan bayaran kerja-kerja yang dijalankan dengan tempoh masa yang singkat. Ini akan dapat membantu pemilik perniagaan memiliki dana yang mencukupi bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Sebagai permulaan, Selangor Advance akan diperkenalkan kepada syarikat yang berurus niaga dengan pihak kerajaan atau GLC sebelum dikembangkan kepada urus niaga yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Sebanyak RM100 juta dana permulaan telah diperuntukkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 yang diumumkan pada 1 April lalu.


Pendaftaran bagi menyertai inisiatif Selangor Advance akan bermula pada 1 Julai 2020.

Maklumat lanjut mengenai Selangor Advance boleh didapati dengan menghubungi talian 018-282 8502, emel info@selangoradvance.com.my atau layari laman web www.selangoradvance.com.my.

Diharapkan agar inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat PKS di Selangor agar dapat terus berdaya maju sekaligus menyelamatkan syarikat dan pekerja dalam kegetiran ekonomi saat ini.

YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor

Kenyataan media berkenaan Selangor Advance boleh dimuat turun di sini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.