Media

COVID-19
1/7/20
Isu
Selangor

Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor Mengenai Pembukaan Masjid dan Surau di Selangor

Assalamualaikum w.b.t,

Menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor berhubung pembukaan semula semua masjid, surau dan surau kebenaran Solat Jumaat bagi urusan Solat Fardhu lima waktu berjemaah dan Solat Jumaat.

Semua masjid dan surau di negeri dibuka semula mulai 3 Julai bagi melaksanakan Solat Fardhu lima waktu secara berjemaah serta solat Jumaat selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Jumlah kehadiran jemaah di Masjid Negeri, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya ditetapkan kepada 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK).

Bagi masjid lain maksimum jemaah 500 orang tidak termasuk pegawai dan AJK tertakluk kepada kapasiti masjid.

Jumlah kehadiran bagi surau kebenaran solat Jumaat dan solat fardu pula ditetapkan kepada 40 orang tidak termasuk pegawai dan AJK.

DYMM Tuanku turut bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kekal dilaksanakan di masjid sahaja.

Menjunjung kasih Tuanku.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.