Suara

Ekonomi
19/8/20
Selangor

Kegigihan saudara Mazlan Rahmat dan pengusahaan tanaman beliau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya kagum kegigihan saudara Mazlan Rahmat mengusahakan tanaman beliau sehingga mampu mencecah jualan RM 5000 sebulan. Mazlan yang ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkan beliau hilang anggota kaki, tidak pernah berputus asa dan meneruskan usaha bagi mencari sumber pendapatan.

Berbekalkan kegigihan beliau dan modal awalan hasil skim mikro kredit Yayasan Hijrah Selangor dari Kerajaan Negeri Selangor, Mazlan kini mampu mengembangkan perniagaan dan tanaman beliau. Kegigihan saudara Mazlan adalah inspirasi buat kita semua.

Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar dan usaha membantu golongan usahawan menerusi pinjaman Skim HIJRAH. Semoga usaha ini akan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya seperti Mazlan Rahmat yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.