Keganasan dan kezaliman di Palestin harus dihentikan
Berbekalkan tekad dan keazaman untuk menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa keganasan dan kezaliman di Palestin harus dihentikan, kami akan bersama lebih 1000 peserta seluruh dunia dan 100 lebih kapal dalam misi kemanusiaan awam terbesar ; Global Sumud Flotilla.
Misi ini bukan membawa mesej politik mahupun keagaaman. Misi ini adalah misi kemanusiaan. Peserta berbilang negara, bangsa dan agama berkumpul demi membawa mesej bahawa Palestin harus merdeka.
70 ribu nyawa telah terkorban, bekalan makanan, perubatan dan air bersih dihalang, apakah kita harus terus berdiam diri? Genosid di Gaza harus dihentikan. Inilah amanah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tegas menolak sebarang penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Doakan kami, doakan agar semua peserta misi ini dilindungi, dirahmati dan dipelihara.
Free Palestine 🇵🇸








