Suara

Ucapan
4/3/20
Isu

KEADILAN Selangor Mengukuhkan Muafakat dan Fokus Kepada Memenuhi Mandat Rakyat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pelawat  laman web,

Selaku Menteri Besar Selangor dan mewakili tenaga kerja di pejabat YAB Dato Seri Amirudin Shari, saya ingin berkongsi tapak politik KEADILAN Negeri Selangor.


KEADILAN Negeri Selangor melahirkan rasa syukur atas komitmen pimpinan Pakatan Harapan Selangor bagi memenuhi mandat rakyat pada PRU 14 lalu. Di saat rakyat diselubungi kekeliruan dan ketidaktentuan, pimpinan Pakatan Harapan Selangor memegang teguh tali persefahaman demi kepentingan mengangkat martabat rakyat Negeri Selangor.

Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor menyeru semua anggota KEADILAN terutama anggota KEADILAN Selangor bagi mengukuhkan tekad dan membulatkan muafakat untuk memenuhi mandat rakyat Negeri Selangor. KEADILAN selaku tonggak Pakatan Harapan di Selangor terus teguh bersama demi melaksana amanah yang diberikan rakyat. Saya di samping 18 Ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN memberi sepenuh sokongan untuk mengukuhkan tekad bekerjasama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor. KEADILAN Selangor turut berikrar untuk terus setia dengan idealisme perjuangan KEADILAN di bawah pimpinan Presiden YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

KEADILAN Selangor turut mengulangi janji untuk terus setia dan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan Selangor iaitu Parti DAP dan AMANAH serta akan terus bekerja kuat bagi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat Negeri Selangor. Pakatan Harapan tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor.

04 Mac 2020

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.