Inisiatif

Peristiwa
10/7/26
Isu
Selangor
Negara

Karnival Sepak Takraw & Futsal Pemuda Tenggaroh

Selesai di Endau, saya meneruskan perjalanan ke Mersing untuk bersama-sama dalam Karnival Sepak Takraw & Futsal Pemuda Tenggaroh.

Saya percaya anak-anak muda, khususnya di kawasan luar bandar seperti Tenggaroh dan Mersing, mempunyai potensi yang sama hebat dengan mereka di bandar. Yang mereka perlukan ialah peluang pekerjaan yang baik, akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti, kemudahan yang mencukupi serta ruang untuk membina masa depan di tanah kelahiran sendiri tanpa perlu berhijrah demi mencari rezeki.

Kerajaan Pakatan Harapan, sekiranya diberi peluang di Johor dalam pilihanraya kali ini, akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial demi kebajikan rakyat secara menyeluruh, berlandaskan nilai ihsan, keadilan dan kesejahteraan.

Generasi muda perlu terus menjadi pemacu perubahan, menjadi suara perpaduan serta membawa budaya politik yang matang demi memastikan Johor dan Malaysia terus maju, harmoni dan berdaya saing.

Ok tak siu saya tadi?

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.