Inisiatif

Peristiwa
11/10/26
Isu
Selangor
Negara

Karnival Kerjaya JobCare Istimewa Selangor 2026

Dari Morib, saya pulang ke Shah Alam untuk bersama-sama menjayakan Karnival Kerjaya JobCare Istimewa Selangor 2026 di MBSA Convention Centre.

Kerajaan Negeri Selangor mahu memastikan peluang pekerjaan dapat diakses oleh semua, termasuk golongan yang berdepan halangan memasuki pasaran kerja seperti Orang Kurang Upaya (OKU), wanita yang kembali bekerja, warga emas, bekas banduan, belia, Orang Asli dan veteran.

Justeru, karnival ini menghimpunkan 40 majikan yang menawarkan hampir 4,000 kekosongan jawatan, dengan 2,854 daripadanya atau 80% berlokasi di Selangor. Antara majikan yang mengambil bahagian ialah Prasarana Malaysia, Top Glove, AEON, KL-Kepong Oleomas dan Westports Malaysia.

Peluang yang ditawarkan merangkumi kekosongan yang terbuka kepada Orang Asli, veteran, OKU dan warga emas. Sebanyak 1,466 jawatan turut menawarkan gaji melebihi RM2,500, membuka pilihan kepada pencari kerja mengikut kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Selain temu duga terbuka dan peluang pengambilan pekerja pada hari yang sama, pencari kerja turut mendapat manfaat daripada perkhidmatan padanan pekerjaan, klinik semakan resume serta kaunseling kerjaya bagi membantu mereka membuat persediaan yang lebih baik.

Saya menyeru para majikan agar menilai calon berdasarkan kebolehan dan potensi, serta menyediakan persekitaran kerja yang sesuai dengan keperluan mereka. Susulan selepas karnival ini juga perlu diteruskan supaya temu duga dan padanan yang dibuat dapat membawa kepada penempatan yang sesuai serta pekerjaan yang berkekalan.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan JobCare Istimewa Selangor 2026, termasuk para majikan, atas komitmen memperluas peluang pekerjaan kepada golongan rentan.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.