Inisiatif

Peristiwa
19/4/25
Isu
Selangor
Negara

Karnival Jelajah JobCare Selangor 2025

Saya berkesempatan menghadiri Karnival Jelajah JobCare Selangor 2025 anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dengan kerjasama PERKESO. Siri jelajah ini dimulakan di Daerah Gombak dan bakal diteruskan ke sembilan daerah lain di seluruh Selangor bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Alhamdulillah, Program Jelajah JobCare Selangor 2024 ini menawarkan lebih 4,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor dan membuka ruang kepada tenaga mahir dengan tawaran gaji sehingga RM13,000 sebulan menjadikannya antara program kerjaya paling berimpak tinggi di negeri ini.

Antara 26 syarikat dan agensi terkemuka yang menyertai program ini termasuk Carsome, Senheng, Radicare, MARii dan Wang-Zheng Berhad, yang turut menawarkan jawatan bergaji tinggi kepada pencari kerja dari pelbagai latar belakang akademik dan pengalaman.

Program ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan lebih 40,000 peluang pekerjaan di sembilan daerah Selangor menjelang akhir tahun. Semoga ia membuka lebih banyak peluang dan membantu rakyat Selangor berjaya dalam kerjaya mereka.

Pastikan anda membawa dokumen sokongan seperti resume terkini, salinan kad pengenalan, sijil akademik, dan dokumen berkaitan untuk mempermudah proses permohonan.

Good luck! Semoga berjaya dalam mencari peluang pekerjaan yang terbaik!

#KitaSelangor

#Gombak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.