Kampung Indian Settlement
Sesi libat urus bersama penduduk Kampung Indian Settlement, Gombak telah diadakan bagi menjelaskan asas pelaksanaan pembangunan semula kerana banyak rumah sedia ada dibina atas tanah milik kerajaan serta bagi menyelesaikan isu banjir yang membelenggu kawasan ini sejak berpuluh tahun.
Melibatkan 123 lot tanah dan 44 buah rumah, penduduk telah bersetuju dengan pembinaan jalan sepanjang 2.5 kilometer. Kerajaan Negeri turut bersedia menyediakan bantuan sewaan sementara dan pembinaan semula rumah mampu milik, dengan pelaksanaan projek dijangka bermula selepas perayaan Thaipusam tahun hadapan.






No items found.



