Jelajah N44 Tulid di Kampung Magatang, Keningau
Masih di Keningau, lokasi seterusnya di Dewan Masyarakat Kampung Magatang, Zon Trans-Pagalan, saya bersama calon KEADILAN N44 Tulid, Datin Rufinah Pengeran bertemu dengan warga kampung di sini.
Datin Rufinah hadir sebagai calon yang mewakili Kerajaan hari ini, seorang pemimpin wanita yang berwibawa, berpengalaman dan komited memperjuangkan pembangunan luar bandar serta kebajikan komuniti.
Dengan sokongan kuat Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan di Sabah, kita yakin pelbagai isu setempat dapat diselesaikan dengan lebih berkesan, daripada infrastruktur asas, peningkatan ekonomi rakyat hingga penyelesaian masalah berlarutan yang membebankan masyarakat.
Undi Calon No 4, Datin Rufinah yang membawakan naratif pembangunan yang lebih stabil, inklusif dan berpihak kepada rakyat Tulid.
















