Inisiatif

Peristiwa
28/2/26
Isu
Selangor
Negara

Jamuan Moreh PERPADUAN Hulu Kelang

Usai menunaikan solat tarawih di Surau Madrasah Al Huda, Taman Keramat semalam, saya meluangkan masa moreh bersama rakan-rakan PERPADUAN Hulu Kelang.

Malam yang cukup bermakna sebagai medan silaturrahim dan muafakat, menghimpunkan wakil-wakil KEADILAN, UMNO, Amanah, ahli-ahli majlis serta ketua-ketua kampung. Inilah kekuatan PERPADUAN, duduk semeja, berbincang dengan hati yang terbuka demi kepentingan rakyat.

Saya turut menggesa agar semua untuk menyusun gerak kerja dan memperkemaskan koordinasi antara komponen PERPADUAN, agar kestabilan politik dan pentadbiran terus dipelihara. Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini, semoga semangat perpaduan dan kebersamaan terus menjadi tunjang dalam kita membangun dan menjaga kesejahteraan negeri.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.