Inisiatif

Peristiwa
22/5/23

Jamuan Mahabbah Ulama dan Umara’

Jamuan Mahabbah Ulama dan Umara’ di Shah Alam malam semalam. Saya memetik firman Allah SWT di dalam Al Quran Surah Az Zumar ayat 9 yang bermaksud: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakal sempurna yang dapat menerima pelajaran.”

Ini adalah bukti yang jelas bahawa agama Islam menekankan prinsip menuntut ilmu dan mengumpul pengetahuan agar umat Islam tidak tertinggal atau tersisih dari arus perubahan.

Al-Quran tegaskan lagi, hanya orang yang berakal sempurna, golongan ulul albab yang dapat menerima pelajaran dan peringatan.

Dalam zaman digital, letusan Kecerdasan Buatan serta “machine learning” dan juga ChatGPT, saya berharap umat Islam jangan sesekali terperangkap dengan paradigma atau ‘worldwiew’ yang mencengkam.

Kita umat Islam bukannya anti teknologi, kita bukan anti sains atau penemuan terbaharu untuk manfaat manusia. Kita tidak menghalang kebolehan manusiawi yang dianugerahkan akal untuk menghasilkan penemuan atau ciptaan yang baik untuk manusia mahupun alam sekitar.

Akan tetapi sesuai dengan gesaan Al-Quran, yang mahukan kita menjadi ulul-albab, berakal jernih, beriman dan bertakwa, memerhati serta menyiasat alam dengan penuh tawaduk sekaligus mengakui bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.

Usaha melahirkan generasi ulul albab berdepan cabaran perkembangan teknologi terkini yang berteraskan matlamat dan ‘worldview’ yang bersifat “materialist” yang mengukur segala sesuatu menurut pencapaian kebendaan. Justeru itu, teknologi seperti machine learning dan penciptaan alat kecerdasan buatan seperti chatGPT misalnya, diagung-agungkan. Bagi para pendukung teknologi sebegini, machine learning adalah jawapan kepada misteri “consciousness” atau kesedaran dalam benak manusia.

Padahal menurut pemikir seperti John Searle yang mengkaji minda manusia, komputer mahupun program-programnya walaupun mampu menjawab soalan dalam sesuatu bahasa namun “hollow” kerana mesin tidak mampu menghadirkan makna. Beliau mengemukakan apa yang dikenali sebagai hujah The Chinese Room. Hujah ini kemudiannya disusuli serta dikembangkan menjadi hujah Intentionality. Menurut Searle,  Kecerdasan buatan atau machine learning tidak mampu memahami makna mahupun memberikan makna. Kecerdasan buat boleh senaraikan 100 ungkapan cinta namun tidak sama sekali ia mampu merasai cinta, samada manis ataupun pahit.

#KitaSelangor

#FestivalTurathIslami


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.