Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan
Menjunjung kasih sempena keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha MAIS, Ketua Hakim Syarie, Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Pendaftar Kanan.
Istiadat penuh tertib ini menzahirkan keutuhan agama Islam di bawah naungan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang sentiasa menitikberatkan kemaslahatan umat serta tadbir urus agama Islam yang sistematik.
Tahniah kepada semua yang menerima pelantikan. Semoga amanah yang digalas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, hikmah dan keikhlasan.












