Inisiatif

Peristiwa
11/12/25
Isu
Selangor
Negara

Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor

Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-80 DYMM Sultan Selangor pagi ini.

Mewakili seluruh rakyat jelata, saya telah menyembah ucapan taat setia serta sembah tahniah kepada DYMM Sultan Selangor.

Dalam sembah ucapan Taat Setia, saya menyembah maklum bahawa Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan nilai mencecah RM432 bilion, manakala kutipan hasil negeri telah melepasi 115% daripada sasaran tahunan. Segala pencapaian ini mencerminkan kecekapan pentadbiran serta keberhasilan dasar-dasar baharu yang memperkukuh kedudukan kewangan dan pembangunan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

Tahun hadapan merupakan detik bersejarah dan istimewa buat seluruh rakyat menjelang Ulangtahun Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor. Seluruh rakyat jelata merasa gembira dan teruja menantikan detik bersejarah ini.

Menjunjung kasih atas limpah perkenan serta titah DYMM Tuanku, dan patik akan terus berikhtiar melaksanakan amanah dengan penuh hikmah, dedikasi dan keberkatan. Semoga Selangor terus makmur di bawah naungan DYMM Tuanku.

Daulat Tuanku!

Dirgahayu Tuanku !

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.