Inisiatif

Peristiwa
19/5/22
Isu
Selangor

INSENTIF HAJI MUASSASAH SELANGOR 1443H / 2022M

Insentif Haji Muassasah Selangor 2022

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor 2022 untuk tahun kelima.

Inisiatif yang telah tertangguh selama dua (2) tahun akibat pandemik COVID-19 ini akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Setiap penerima insentif ini akan menerima wang tunai sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM500 beserta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.

Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga (3) bulan seawal Isnin, 23 Mei 2022 sehingga Rabu, 31 Ogos 2022 melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Bakal jemaah haji yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

Insentif Haji Muassasah Selangor ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran MBI.

Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.