Inisiatif

COVID-19
4/7/20
Isu
Selangor

Inisiatif Pemerkasaan Komuniti TS Cares

Kenyataan Media
4 Julai 2020

Inisiatif Pemerkasaan Komuniti TS Cares

Sejak 18 Mac 2020 yang lalu, seluruh Malaysia telah menghadapi pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada manusia sejagat tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.

Kerajaan Negeri Selangor bersama Inisiatif Pemerkasaan Komuniti atau lebih dikenali sebagai Team Selangor telah menganjurkan program TS Cares bertujuan mengagihkan bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan harian kepada komuniti setempat di seluruh Selangor yang telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 keluarga. Team Selangor wujud berteraskan program-program pemerkasaan komuniti bagi melahirkan sukarelawan melalui penyelesaian permasalahan setempat di peringkat komuniti. Atas kapasiti tenaga sukarelawan ini maka Team Selangor bergerak untuk membantu meringankan beban masyarakat dalam menghadapi wabak COVID -19 ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak termasuklah syarikat-syarikat ternama seperti Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Nestle Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. dan Cocoaland Industry Sdn. Bhd. kerana sudi menyumbang bakti dalam usaha membantu rakyat di Negeri Selangor yang terjejas sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Kerjasama yang utuh ini bakal memberi manfaat kepada 3,000 keluarga bagi fasa ini.

Pelbagai lagi inisiatif yang digerakkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat di Selangor pasca-pandemik ini. Pewujudan Selangor Advance, SELANGKAH bagi pengesanan kontak rapat dan lain-lain diharapkan dapat mewujudkan suasana yang lebih baik dan selamat di Negeri Selangor. Nantikan pengumuman terbaharu Pakej Rangsangan Pemulihan Ekonomi Selangor 13 Julai nanti.

Suka untuk saya nyatakan kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyambut baik usaha sama dan menyeru semua pihak yang mahu membantu menyalurkan sumbangan buat komuniti di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri akan sentiasa komited untuk terus membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. 

[Baca keyataan rasmi di sini]

YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.