Inisiatif

COVID-19
2/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

Infografik Ringkasan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua

Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga Selangor dikasihi,

Pakej Rangsangan Ekonomi SELANGOR PRIHATIN 2.0 merupakan ikhtiar fasa kedua dari Kerajaan Selangor dengan peruntukan berjumlah RM3 JUTA dalam bentuk beberapa inisiatif agar para petugas barisan hadapan boleh menumpukan fokus kepada usaha menggempur Covid-19.

1. RM1.344 JUTA untuk pembekalan makanan percuma kepada sekitar 6,000 pegawai kesihatan sepanjang tempoh PKP.

2. RM100,000 untuk pembekalan makanan percuma kepada pengamal media & petugas keselamatan sepanjang tempoh PKP.

3. RM50,000 untuk keperluan Selangor Covid 19 Taskforce.

4. RM1.5 JUTA sebagai Insentif Penjagaan Anak-anak untuk 2,500 keluarga Frontliners (RM600 setiap keluarga).

Semoga bantuan ini melegakan para petugas barisan hadapan di musim PKP agar tumpuan sepenuhnya boleh diberi kepada usaha menggempur Covid-19.

#SelangorGempurCovid19


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.