Inisiatif

Ekonomi
29/7/20
Isu
Pelan Pemulihan
Selangor
KDNK

Industri Pelancongan Selangor Bakal Bangkit Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keputusan membenarkan lebih banyak kebebasan aktiviti ekonomi pada Jun lepas telah sedikit sebanyak mengaktifkan semula sektor pelancongan. Dengan pelbagai SOP dan tatacara yang perlu dipatuhi, sudah pasti akan ada cabaran buat pemandu pelancong di Selangor, namun langkah berjaga-jaga ini perlu untuk kesejahteraan semua.

Sektor pelancongan Selangor baru-baru ini dirangsang oleh Pakej Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 di bawah Tonggak 2 (Kemampanan Ekonomi) menerusi peruntukan sebanyak RM600,000 untuk mereka yang bergantung pendapatan dalam sektor pelancongan. Bagi pemandu pelancong, hubungi persatuan anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan dari Jabatan Pelancongan Negeri.

Kita harus memainkan peranan masing-masing dan berganding bahu menyemarakkan semula industri pelancongan domestik sekaligus meletakkan Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.