Ijtimak Perdana Guru Pendidikan Islam 2026
Alhamdulillah, sebentar tadi saya merasmikan Ijtimak Perdana Guru Pendidikan Islam Negeri Selangor 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Sungai Besar.
Program ini menjadi wadah buat para pendidik untuk berkongsi pandangan, memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasakan peranan guru Pendidikan Islam dalam membentuk generasi yang cemerlang dalam bidang akademik, beradab, berjati diri dan memiliki kefahaman Islam yang kukuh untuk mendepani cabaran semasa.
Semoga program ini menyuntik semangat baharu kepada para guru untuk terus memperluas agenda dakwah dan mendidik anak bangsa yang bakal mewarisi masa depan negara.







No items found.



