Inisiatif

Peristiwa
7/3/26
Isu
Selangor
Negara

Ihya' Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat & Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H serta Perasmian Masjid dan Sambutan Nuzul Quran

Mengiringi keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Majlis Perasmian Masjid An-Nur, Kanchong Tengah, bersempena program Ihya’ Ramadan Daerah Kuala Langat serta Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H di Banting.

DYMM Tuanku berkenan merasmikan Masjid An-Nur yang menjadi pusat ibadah dan kegiatan komuniti setempat sejak mula beroperasi pada tahun 1982 di atas tapak seluas 2.1 ekar.

Tuanku turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 495 asnaf yang terdiri daripada 242 fakir, 221 miskin dan 32 muallaf di daerah Kuala Langat.

Majlis turut diserikan dengan ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman, kemudian DYMM Tuanku turut berkenan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama rakyat.

Semoga masjid ini terus menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan syiar Islam serta memakmurkan kehidupan masyarakat setempat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.