Inisiatif

Peristiwa
27/2/26
Isu
Selangor
Negara

Ihya’ Ramadan DYTM Raja Muda Selangor Bersama Rakyat & Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H

Alhamdulillah, saya hadir ke Majlis Ihya’ Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H Daerah Hulu Selangor yang diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Masjid Jamek Sungai Tengi.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 525 asnaf terdiri daripada 99 fakir, 355 miskin dan 71 muallaf. Setiap penerima menerima RM500 dengan jumlah keseluruhan RM262,500. Usai majlis, Baginda bersama rakyat berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih.

Hulu Selangor hari ini turut melakar kemajuan pesat antaranya pembangunan ECRL di Serendah yang dikenal pasti sebagai Hab Logistik dalam RS-1, pelaburan RM3 bilion oleh Chery di Lembah Beringin yang bakal menjana 3,000 pekerjaan, selain cadangan pelaburan pusat data bernilai RM4.2 bilion di Serendah dan Sungai Buaya. Keseluruhannya, nilai pelaburan daerah ini mencecah RM2.8 bilion pada 2025, menjana 4,692 peluang pekerjaan.

Semoga Ramadan ini terus menyatukan warga Selangor dalam semangat kebersamaan dan kemajuan yang seimbang.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.