Ihya' Ramadan DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat
Seperti kelaziman pada setiap 2 Ramadan, berlangsung program Ihya’ Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM11.47 juta daripada enam syarikat korporat pada majlis ini.
Dalam majlis yang sama, DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 200 asnaf fakir, 241 asnaf miskin dan 60 asnaf mualaf, dengan jumlah keseluruhan RM250,500, masing-masing menerima RM500 seorang.
Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Alhamdulillah, kami turut bersama-sama berbuka puasa, seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.




















