Inisiatif

Peristiwa
6/3/26
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Iftar & Solat Maghrib di Surau Al-Muhajirin, Kg Sri Gombak Indah

Saya berpeluang berbuka puasa bersama kariah Surau Al-Muhajirin di Kampung Sri Gombak Indah.

Alhamdulillah, diberi rezeki untuk menikmati juadah istimewa yang disediakan oleh para petugas surau, antaranya daging masak kurma, ikan siakap tiga rasa serta pelbagai kuih-muih tradisional. Seusai berbuka, kami bersama-sama menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah.

Semangat kebersamaan dan gotong-royong seperti ini amat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat. Ia wajar terus dipupuk bukan sahaja sepanjang bulan Ramadan, malah diteruskan sepanjang tahun.

Sekalung penghargaan atas undangan ini. Semoga kariah Kampung Sri Gombak Indah terus hidup makmur, diberkati serta dimurahkan rezeki.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.