iClean Selangor - ADUAN MASALAH SAMPAH PUKAL DI HUJUNG JARI

iClean ialah aplikasi untuk aduan sampah tidak dikutip supaya tindakan segera boleh diambil. Inisiatif ini dibangunkan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) supaya masalah pembuangan sampah secara pukal dapat diselesaikan.
Aplikasi ini memudahkan laporan secara terus serta menjadikan pengurusan sisa domestik serta pembersihan awam negeri ini berada dalam keadaan baik. Kaedah ini menjadikan negeri ini lebih bersih dengan hanya menggunakan hujung jari.
Fungsinya sangat praktikal disertai pengalaman mesra pelanggan menepati agenda digitalisasi. Setakat ini, 96,000 pengguna telah memanfaatkannya. Dapatkan aplikasi iClean dengan memuat turun menerusi Google Play atau Apple App Store.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor