Inisiatif

Artikel
18/11/21
Isu
Selangor

iClean Selangor

iClean Selangor merupakan insiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah secara pukal serta aduan mengenai sampah di Selangor.

Aplikasi ini merupakan agenda digitalisasi oleh Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk memudahkan penduduk mengemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka.

Menerusi aplikasi ini, kini warga Selangor boleh memohon perkhidmatan pembuangan sampah pukal secara percuma di hujung jari termasuklah juga aduan. Selain fungsinya yang sangat praktikal, rata-rata warga Selangor yang menggunakannya memberikan komentar yang sangat cemerlang berkenaan UX (user experience). Semoga usaha ini dapat memberikan kepuasan kehidupan di samping meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat.

#KitaSelangor

__

YAB Dato Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.